Actually tujuan aku tulis blog ni adalah untuk memberi inspirasi kat diri sendiri nak kurus. huhu. Sejak lahir lagi memang aku lah yg paling besar dlm family. Ingat lg dulu masa kecik-kecik dulu org ingat aku lah kakak kpd abg aku yg no.3 tu. Nak kate aku ni besar sgt takdelah. Masa lahir pun berat aku baru 3.1kg. Aku rasa ada lg baby2 yg lg besar dari aku. huhu. Masa darjah 3, time tu cikgu aku ada ukur ketinggian dan berat kelas aku. Untuk apa ntah aku pun taktahu. Berat aku time tu 48kg. Antara yg terberatlah jugak. huhu. Masa darjah 6 tak silap aku berat aku cecah 53kg. Aku tgk budak-budak sek ren skrg comey-comey je. Beza dgn budak dulu. Tapi bila meningkat sek men mak oii tinggi yg amat. Bila masuk sek men masa Form 1 form 2, aku tak berapa aktif sgt kat sekolah. Masuk form 3, aku aktif main sukan karate. Dah nak wakil Sukma tauu. Haha bangga pulak. Tapi apakan daya umur tak cukup. Duk tgk jela org lain bertanding. huhu. Form 3 dgn Form 4 memg aku aktif sgt time tu. Badan aku pun cantik je cutting time tu. Berat time tu maintain je 50kg. Masuk Form 5 dah kurang aktif sikit. Apa lagi naik sikit-sikit lah berat aku. Lepas SPM aku dpt pulak PLKN kat Sarawak. Dekat PLKN lagilah 6x dorang bagi makan. Orang masuk PLKN patut bertambah kurus sikit, aku bertambah gemuknya. Nak elak tak boleh. Training tak seberapa lapar je lebih. huhuhu. Pastu duk matrik N9 lagi tak boleh tahan. Makan je kerja aku. Exercise kurang. Setakat pergi kelas balik kelas. Kelas plak dekat je dengan bilik aku. Kafe lagilah turun bilik je jalan sikit je dah jumpa kafe. Makanan pulak sedap-sedap dan murah lah jugak kan. Berat aku time matrik naik sampai 55kg. Dengan ketinggian aku yang tak berapa nak tinggi ni nampaklah jugak gemuk bila dah berat macam tu. Pastu masuk pulak UMP. Kat sini memang berat aku naik mendadak. Pernah cecah sampai 63kg. Kat UMP bkn aku aktif mane pun. Setakat pergi kelas balik kelas tu jela. Berkumpul lagi lemak2 aku ni. Lepas kahwin ni berat aku cecah 65kg. Memang bambam sgt dah aku ni. Bermulalah episod diet aku lepas ni..
Warna-warni Kehidupan
Blog ini sekadar berkongsi apa2 yang ingin dikongsi. Segala yang baik jadikan teladan. Dan yang buruk jadikan sempadan. Sampaikanlah walau sepotong ayat~~
7 Feb 2014
20 Jan 2014
PERMULAAN
Assalamualaikum..
Harini aku berjinak-jinak dengan dunia blog pulak..hehe
Sebenarnya aku ni takdelah kreatif sangat nak menulis blog ni..
Tapi mana tahu dengan berblog boleh mengkreatifkan otak aku ni..hehehe
Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan..
Semoga dengan berblog ini aku dapat kongsi apa-apa yg bermanfaat untuk aku kongsikan..
Harini aku berjinak-jinak dengan dunia blog pulak..hehe
Sebenarnya aku ni takdelah kreatif sangat nak menulis blog ni..
Tapi mana tahu dengan berblog boleh mengkreatifkan otak aku ni..hehehe
Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan..
Semoga dengan berblog ini aku dapat kongsi apa-apa yg bermanfaat untuk aku kongsikan..
Subscribe to:
Posts (Atom)